Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Monday, September 19, 2011

Makna bacaan di dalam solat.

Takbir
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yg mencipta langit dan bumi,dgn suasan yg lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan org musyrik.Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.Tidak ada sekutu baginya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyukutukan baginya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-fatihah
Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.Segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan.Hanya engkaulah yg kami sembah dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yg lurus.Iaitu jalan orang2 yg engkau kurniakan nikmat kepada mereka,bukan jalan mereka yg engkau murkai dan bukan jalan mereka yg tersesat.

Bacaan ketika Rukuk
Maha suci tuhanku yg maha besar dan dengan segala puji-pujiannya

Bacaan ketika bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya

Bacaan ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami bagi engkaulah segala pujian

Bacaan ketika Sujud
Maha suci tuhanku yang maha tinggi dan dengan segala puji-pujiannya

Bacaan ketika duduk antara dua sujud
Ya Allah,ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,lindungilah daku,angkatlah darjatku,rezekikan daku,berilah aku petunjuk,selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yg soleh.Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami,selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami,selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkanlah keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

No comments: